Isnin, 30 Januari 2012

RESEPI KURMA DAGING

600 gram daging
2 gelas santan dari 1/2 biji kelapa
 2 gelas air
10 sen daun pudina

BAHAN2 UNTUK DITUMBUK
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5 sm halia
4 biji lada hijau
1 bungkus REMPAH KURMA CAP JAM
3 sudu minyak sapi atau minyak masak
1 labu bawang besar
2 sudu perahan air limau nipis

BAHAN2 UTK DITUMIS
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum buah pelaga
2.5 sm kulit kayu manis

CARA2 MEMASAK:
1.Daging dipotong kecil2, cuci dan gaulkan dengan serbuk rempah dan bahan tumbuk.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan2 untk ditumis sehingga wangi. Masukkan daging yang telah digaul tadi kedalam kuali.
3.Masukkan air dan tutup kuali. Masak sehingga daging empuk.
4. Masukkan santan dan garam secukup rasa.
5. Kecilkan api, masukkan perahan air limau, bawang besar, lada hijau dan daun pudina. Biarkan hingga berminyak. Sedia utk dihidang.

SELAMAT MENCUBA..